SOALAN SOALAN LAZIM
“..BERIKUT ADALAH SOALAN-SOALAN YANG SERING DIAJUKAN OLEH INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI RAKAN-RAKAN NIAGA ANGKATTOPUP!…”
-
S. Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar sebagai AGEN AT!?
J. TIDAK PERLU. Anda boleh menggunakan no. telefon yang sedia-ada atau yang anda gunakan sekarang untuk
pendaftaran. Perkhidmatan ini hanya terbuka kepada pengguna talian Celcom, Maxis & Digi SAHAJA. Namun sekiranya
anda ingin menggunakan talian atau nombor telefon yang baru, kami juga tidak akan menghalang anda untuk
berbuat sedemikian.
2. S. Adakah server AT! menyokong jualan tambah nilai untuk nombor telefon pelanggan & jumlah yang sama lebih
daripada sekali dalam tempoh 24 jam?
J. YA. Sistem server AT! boleh melakukan jualan topup sebanyak manapun dalam tempoh 24 jam. Format SMS bagi
melakukan jualan tambah nilai ke nombor telefon dan nilai kepada pelanggan yang sama dalam tempoh 24jam
adalah TOL<jarak>[kodproduk].[no. tel pelanggan]
3. S. Jika saya tersalah memasukkan nombor telefon pelanggan ketika melangsungkan jualan, adakah kredit tersebut
boleh ditarik(rollback) ?
J. TIDAK BOLEH. Jika anda telah menghantar transaksi jualan tambah nilai ke server AT! dan berstatus berjaya, kredit
tambah nilai tersebut tidak dapat ditarik (rollback). Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas kerugian yang
dinyatakan. Pastikan nombor telefon pelanggan diisi dengan betul dan disemak berulang kali sebelum dihantar ke
server AT!
4. S. Adakah modal kredit jualan server AT! mempunyai had atau tempoh sah?
J.TIDAK ADA. Modal kredit jualan server AT! tidak mempunyai had, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Jika modal
kredit jualan anda tidak mencukupi, anda hanya perlu membuat penambahan modal bagi membolehkan anda terus
melangsungkan jualan kepada pelanggan.
5. S. Adakah server AngkaTTopuP! beroperasi 24 jam?
J. YA. server AT! beroperasi selama 24 jam @ 365hari secara automatik. Anda boleh melakukan urusan jualan dimana
sahaja dan pada bila-bila masa.
6. S.Berapakah tempoh masa menunggu untuk satu transaksi jualan diproses?
J. Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 20 saat. Transaksi yang mengambil
tempoh melebihi 30 minit tidak akan diproses. AGEN akan mendapat SMS permberitahuan samada status transaksi ke
nombor pelanggan anda berjaya atau gagal.
7. S.Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), adakah saya layak untuk mendaftar sebagai AGEN AT!?
J.YA. Sekiranya anda menggunakan talian pascabayar Celcom, Maxis atau Digi.
8. S.Adakah saya perlu memperbaharui pendaftaran sebagai AGEN AT! pada setiap tahun?
J.TIDAK. Pendaftaran adalah sekali bayar seumur hidup dan tidak perlu diperbaharui.
9. S.Berapakah tempoh masa yang diambil bagi penambahan modal jualan ke akaun AGEN AT!?
J.Kurang dari 30 minit. Masa diperlukan untuk menyemak kesahihan maklumat pembayaran yang diterima. Pastikan
maklumat no. id agen, bank, tarikh, masa dan jumlah yang betul. Sila hubungi talian HELPLINE AT! sekiranya anda
menghadapi sebarang masalah.
10. S.Saya ialah seorang pelajar. Bolehkah saya mendaftar sebagai AGEN AT!?
J.BOLEH. Selagi tidak menganggu prestasi dan fokus pembelajaran anda, kami tiada sekatan kepada anda untuk
menjana pendapatan sampingan.
11. S.Adakah saya perlu menggunakan No. HP yang didaftarkan sahaja untuk melakukan jualan dan tambah modal?
J.Ya. Anda perlu menggunakan No. HP yang anda daftarkan sebagai agen topup sahaja untuk menjual topup dan
menambah modal.
12. S.Adakah saya boleh menguruskan modal downline saya?
J. Ya. Anda boleh menguruskan modal downline anda.
13. S.Adakah saya perlu mendaftarkan no HP yang berbeza untuk menjual produk yang berbeza?
J.Tidak perlu. Ini kerana, dengan satu pendaftaran no HP sahaja sudah membolehkan anda menjual semua produk yang
ditawarkan kepada anda (produk yang ditawarkan melalui laman web ini).
14. S.Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal?
J.Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut
-
Prepaid Handphone anda habis.
-
Modal kredit Topup anda habis.
-
Kod produk salah.
-
No. Tujuan tidak betul.
-
Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
-
Kesalahan menaip format sms/whatapps dalam mengirimkan sms/whatappske no server.
-
Kesalahan dalam mengirimkan ke no server.
15. S.Adakah saya perlu mempunyai akaun bank untuk mendaftar atau mendapatkan komisen?
J.Tidak. Pihak kami hanya memerlukan maklumat ringkas mengenai butir peribadi anda seperti Nama, No.Telefon dan
pengesahan pembayaran sahaja. Jumlah modal anda hanya ditolak kurang dari nilai topup sebenar, bukan ke akaun
bank.
16. S.Saya telah menyertai AT TOPUP ni. Tetapi saya terlupa No ID saya. Bagaimanakah cara saya boleh
mendapatkan semula no ID saya?
J. Dapatkan semula no ID anda dengan menaip ” BAKI ” dan hantar ke no server/gateway.
17. S Kenapa apabila saya menjual topup easyreload, saya sudah mendapat SMS mengatakan transaksi sudah berjaya
tetapi pelanggan tidak mendapat topup tersebut?
J.Jika anda mengalami masalah sedemikian, anda perlu berhubung dengan Helpline kami dengan kadar segera.
18. S.Adakah AngkaTTopuP! boleh dipercayai?
J.Sila rujuk maklumat syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengenai kesahihan syarikat kami. Kami sangat
mengalu-alukan individu membuat laporan polis sekiranya berlakunya penyelewengan atau penipuan.